Friday, 1 July 2011

Banyak cerita ceriti berkaitan dengan Karak Highway yang sangat famous ni kan… saya berjalan-jalan di forum cari dan terjumpe satu thread fasal Karak Highway yang sangat menarik untuk dibaca.. saya ni mmg suke cerita-cerite mistik ni…saya pun tak tau nak cakap saya percaya ke tak… tapi sebagai satu aktiviti masa lapang.. cerita-cerite begini lagi bagus dibaca dari merempit kan…ooo by the way, saya bukan nak promote cerita Karak – Laluan Puaka yang akan ditayangkan tak lama lagi tu yea!!kalau dapat duit tak pe…kebanyakan cerita dibawah di cedok dariforumcari yea..
1. Cerita hearsay di Karak Highway
1) Lokasi – Karak Highway selepas terowong dari arah KL.
2) Tarikh – Sekitar 1984
3) Mangsa – Keluarga cina. Suami (Mati), Isteri & anak kecil (baby).
4) Saksi – Isteri mangsa, orang awam yang terserempak dengan kereta & makhluk tu serta 2 orang polis peronda yang menyelamatkan isteri & anak lelaki malang tu.
5) Rupa makhluk – Seakan2 kelawar tapi besar & boleh terbang.
6) Bukti – Gambar mayat tak berkepala ada dalam fail simpanan polis.
7) Kes – x-file (Unsolved mistery)
 Teori – Ia angkara manusia, pontianak, pengganas kominis, harimau & binatang buas lain.
Cerita ni ada berbagai versi iaitu cerita seakan sama tapi lokasi dan jalan cerita berubah2. Ada yang kata bukan polis tapi askar yang jumpa keluarga tu. Ada pulak kata lokasi di jalan Bentong lama dan macam2 lagi. Tak payahlah saya ulang cerita tu sebab saya rasa ramai yang dah tahu
satu lagi
yes penah dengar versi mangsa dijumpa oleh keter polis.
aku dengar masa kat ITM dulu. driver
 bas itm ada citer masa depa blk dr kelantan htr student….
dengar citer natang tu mcm kelawar besar tinggi manusia.
dah kene tembak – cedera – lari turun gaung bukan terbang mcm sesetenagh citer.
x tau la mana betul….
ikut citer lg si wife tu org kedah. org merbuk.
si laki tu aku tatau….
lg satu…. tun mahathir waktu tu minta kes ni dirahsiakan sbb xnak jd kecoh n menakutkan. kes ni disiasat. contoh darah natang tu di amik n mayat tu juga dibedah siasat. ada sisa air liur makhluk tu pd mayat. mayat lengkap berkepala cuma dadanya terbelah terkopak. isi badan byk dah robek kene makan. tp yg pelik darah setitik pun dah takde… dah kering mcm kene sedut gituhhh…
so teori n persoalan waktu tu ialah…:
- makhluk ghaib – tak juga sbb hantu jin setan takde fizikal yg bila kene tembak akan cedera.
- binatang – tak juga sbb walaupun keluar darah tp belum lg ada spesis yg dikenali berbentuk kelawar besar setinggi manusia n bersayap.. oyyeee ikut citer polis menatang tu lari berjalan… masa berjalan die mengheret sayapnya. so maknanya sayapnya tu lebih panjang dr badan die. mungkin die makhluk terbang tp dah cedera kene tembak dah xleh terbang lagi.
- makhluk asing? – TUDM n juga US dihubungi utk bantuan maklumat samada ruang udara mana2 kws diceroboh. jawaban aku tatau….. tukang cerita kes ni pun taktau.
mangsa yg selamat (wife) waktu tu peknen.
uit panjang pulok…
dan lagi
kat karak…
sebijik kete rosak… laki kuor… polis lalu… nampak berok besor(bukan kelawar) tengah kerje kan laki tu… polis tu bukan seren.. berok tu lari… pastu amek pompuan bawak gi balai
versi len gak…
kete rosak.. laki kuo.. nak carik bantuan… pastu tetibe kete kene hentam sesuatu.. bini tgk keliling takde per per… pastu polis benti. tanya.. ajak gi balai… polis cakap kat pompuan tu jgn pandang belakang kenderaan.. tapi bile pompuan tu tengok dia nampak mayat laki dia tanpe kapale…
versi len..
kete rosak.. laki kuo… tetibe.. berdentum atas kete… bini takut nak kuo… ade orang len lalu… bukak lampu tinggi… nampak berok besor atas kete tengah pegang kepale org… berok tu lari… org tu gi balai.. polis dtg… amek pompuan tu gi balai
3 versi len yg pernah aku dengor
2. Cerita Benar di Karak Highway
korg cite psl karak hiway ni baru aku teringat, 1 kwsan rehat, “Hentian sebelah lentang”, situ ada air terjun. exit situ leh wat u-turn bawah hiway tu.
masa balik raya kelantan tahun lepas, ada sorg passenger iaitu bini kpd biras aku (adik kakak ipar aku) nk g toilet… masa tu jem giler, dh stgh jam tktau nk benti katner, last2 smpai kat area hentian sbelah lentang tu, aku masuk le, igtkan ada la R&R macam R&R yg lain… rupa2nya gelap gelita. aku nmpak (suluh ngan lampu van unser) toilet, kaunter restoran situ masih dlm pembinaan , lom siap. so, biras aku pun baak le bini dia g tepi kolam, jauh le gak, gelap.
aku duk nunggu tu tiba2 je baby dia yg akak aku dukung tu nangis kaw2. tah tiba2 aku punya bulu roma plak naik berdiri. tk smpai sminit, aku dgr ada benda jatuh dlm kolam tu (bunyi mcm benda besar la), gelap = tk nampak apa. aku igtkan biras aku or bini dia jatuh ke… tp kejap je lepas tu, diorg dtg balik n ckp “dah setel”. aku pun sambung drive, smpai kat hiway, aku tanye le biras aku tu, bunyi apa jatuh dlm air tadi? dia sengih je, n ckp, “nnti citer”. smpai kat mana tah, bila dh kurang jem, jln pun cerah n kete banyak, dia kata yg dia pun tktau apa. mcm batu besar kena campak ke dlm air. smpai terpercik kena dia seolah halau dia tkmo bg guna air kat situ.
sori la klau korg baca pnjang2, tp isi cite aku tkde mende sgt, aku saje je nk cite jugak..

Misteri Di Lebuhraya Karak

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.

Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.  
 ADA pihak yang didakwa cuba melakukan pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor apabila ada kemalangan maut di Lebuh Raya Karak.
SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.
Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.
Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.
Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.
“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.
Hempap
Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.
“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.
“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.
“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.
“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.
Puntianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.
“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Minta nombor
Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.
“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.
“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.
“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.
“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.
“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.
Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.
ni bkan cite ku tpi ku tlis dri pngalaman org len yg prnah jmpa


No comments:

Post a Comment